PUTRAJAYA: Program Jualan MADANI Raya (PJMR) 2024 dijangka mencatat jualan RM1.6 juta sepanjang 33 hari program tersebut yang bermula 8 Mac hingga 9 April ini, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Beliau berkata program itu menawarkan barang persiapan Aidilfitri dan keperluan harian pada kadar harga diskaun sehingga 20 peratus sekali gus dapat membantu meringankan beban rakyat.
"Dalam tempoh dua minggu pertama, PJMR anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mencapai jualan RM415,800 (sehingga 22 Mac) dengan 44,212 pengunjung.
"Mudah-mudahan dalam dua minggu yang terakhir, jualan kepada 60 reruai akan terus meningkat," katanya kepada pemberita selepas sesi walkabout PJMR 2024 di Dataran Anjung Syawal, Presint 3, di sini malam semalam.
Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R Ramanan dan Ketua Setiausaha KUSKOP Datuk Seri Suriani Ahmad.
Berlangsung sempena Festival Ramadan Putrajaya 2024, Ewon berkata PJMR 2024 menyelami denyut nadi rakyat yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup.
Beliau berkata PJMR 2024 menyediakan 60 reruai jualan melalui penyertaan 28 usahawan dan 13 koperasi dengan pelbagai tawaran menarik barang persiapan Aidilfitri dan keperluan harian yang berupaya meringankan kos persiapan rakyat bagi menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.
“PJMR 2024 bukan sahaja memberi penjimatan harga barangan persiapan Aidilfitri malah memperkasa dan mempromosikan perniagaan usahawan serta koperasi selaras dengan kerangka Malaysia MADANI,” katanya.
Mengenai kempen 'Mari Beli Lokal - Ramadan dan Raya' 2024' melalui platform digital tanpa caj iaitu MyMall mampu merancakkan ekonomi digital.
"Program jualan kempen beli lokal secara dalam talian merupakan trend baharu yang mungkin menyumbang kepada kemerosotan jualan secara langsung kerana ramai mahu elak kesesakan, lokasi dan sebagainya," katanya.
Beliau mengulas laporan media tempatan semalam mengenai persiapan orang ramai bagi menyambut Adilfitri ketika ini tidak begitu meriah kerana tekanan kos sara hidup dan ekonomi semasa.
KUSKOP menyasarkan RM2.5 juta hasil jualan usahawan tempatan melalui kempen 'Mari Beli Lokal - Ramadan dan Raya 2024' yang dianjurkan untuk kali kedua susulan kejayaan kempen tersebut pada 2023 dengan nilai jualan sehingga RM2.5 juta.
Hampir 500 usahawan dijangka menyertai kempen itu dengan menawarkan pelbagai produk seperti pes masakan segera, produk runcit, pakaian raya dan kuih raya.
Kempen itu bertujuan menarik sokongan orang ramai kepada produk tempatan yang dikeluarkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta koperasi di Malaysia sekaligus membantu proses pendigitalan golongan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 28 2024
Ewon (dua, kiri) dan Ramanan (tiga, kiri) ketika sesi walkabout PJMR 2024 di Dataran Anjung Syawal, Presint 3, Putrajaya, malam tadi. - Facebook Ewon
Tempoh penguatkuasaan garis panduan pemutihan sekolah agama persendirian, tahfiz dilanjut - Amirudin
Tempoh penguatkuasaan garis panduan pemutihan sekolah agama persendirian dan tahfiz di Selangor dilanjutkan.
Kes rasuah Wan Saiful: Surat pelawaan tender turut dihantar kepada Nepturis - Saksi
Surat pelawaan tender bagi Projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur dihantar kepada tiga syarikat kontraktor termasuk Nepturis.
Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Putrajaya, Hari Malaysia di Sabah
Putrajaya sekali lagi menjadi lokasi sambutan Hari Kebangsaan ke-67, sama seperti edisi 2023, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Wujud pasukan khas laksana pematuhan, penguatkuasaan larangan merokok - Cuepacs
Cuepacs mencadangkan Kementerian Kesihatan wujudkan pasukan khas untuk melaksanakan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan dan restoran.
AWANI Ringkas: Tindakan selepas penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Isnin memaklumkan ketibaan lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan tiba di Gaza melalui jalan laut.
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan - White House
Kapal kontena Dali berjaya dialihkan pada Isnin yang merupakan langkah penting kearah membuka kembali laluan perkapalan itu.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur.
Datuk bandar antara 3 maut dalam serangan hendap
Tiga pegawai kerajaan, termasuk seorang datuk bandar telah ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang disyaki sebagai pemisah pada Isnin di wilayah bergolak Barat Laut Cameroon.
Kit ujian pantas laris di Singapura
Kita Ujian Pantas (ART) Antigen COVID-19 laris dijual di Singapura susulan peningkatan kes jangkitan virus tersebut.
PJMR 2024 dijangka catat RM1.6 juta nilai jualan - Ewon
Program itu menawarkan barang persiapan Aidilfitri dan keperluan harian pada kadar harga diskaun sehingga 20 peratus.